DISERANG PENUNGGANG MOTOSIKAL, DIPUKUL DAN DITETAK GUNA

BATU LANCHANG, PULAU PINANG, 4 NOVEMBER – Seorang lelaki berusia 56 tahun didakwa menjadi mangsa serangan seorang penunggang motosikal selepas berlaku pelanggaran kecil antara kenderaan di Lorong Batu Lanchang, Rabu lalu.

Menurut perkongsian Damian Lee, kejadian berlaku selepas jam 2 petang apabila sebuah motosikal dikatakan mencelah di antara kereta mangsa dan kenderaan di hadapan sebelum berhenti secara tiba-tiba.

Mangsa yang dipercayai tidak sempat membrek kemudiannya tersentuh motosikal berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang apabila penunggang motosikal itu didakwa membuka pintu kereta mangsa sebelum menyerangnya menggunakan tangan serta senjata pemotong kotak atau box cutter.

Akibat serangan tersebut, mangsa dilaporkan mengalami beberapa luka pada bahagian tangan dan badan.

Mangsa turut mengalami kecederaan serta bengkak pada muka selepas didakwa ditendang di bahagian kepala.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Insiden ini mengundang kebimbangan orang ramai kerana perselisihan kecil di jalan raya didakwa bertukar menjadi satu kejadian keganasan sehingga menyebabkan kecederaan.

Apa pun punca perselisihan di jalan raya, jangan sesekali menggunakan kekerasan atau senjata. Selesaikan pertikaian melalui saluran yang betul.

Semoga mangsa diberikan kesembuhan dan pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan sewajarnya.

🎥 Sumber: Damian Lee.