Skip to main content

51 Pesakit Yang Telah Pulih Kembali Positif Korona Virus Semula

Koronavirus (Covid-19) ‘aktif semula’ menjangkiti individu yang telah sembuh.

Perkara itu dinyatakan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Korea Selatan selepas kira-kira 51 pesakit yang diisytiharkan telah pulih Covid-19 kembali positif virus tersebut.

Pengarah Umum CDC, Jeong Eun-kyeong berkata, virus tersebut mungkin aktif semula dalam tubuh mereka tidak lama selepas tempoh kuarantin berakhir.

“Kami sedang menjalankan kajian komprehensif tentang perkara ini.

Terdapat banyak kes apabila keputusan ujian pada pesakit berubah-ubah,” ujarnya yang mengesahkan CDC Korea akan melakukan penyelidikan epidemiologi terhadap perkara tersebut.

Difahamkan, pesakit dianggap pulih sepenuhnya selepas menjalani dua ujian secara selang dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan keputusan negatif.

Korea Selatan merupakan salah sebuah negara paling awal yang menyaksikan penularan wabak itu pada skala besar dan merekodkan 200 kematian, namun kes baharu telah menurun sejak ia mencapai kemuncak dengan jumlah 1,189 kes pada 29 Februari lalu.

Program ujian paling mahal di dunia dan pendekatan teknologi telah membantu Korea Selatan membendung wabak itu tanpa melaksanakan langkah lockdown atau menutup operasi perniagaan.

Sebelum ini, China pernah menyuarakan kebimbangan terhadap situasi pesakit sudah sembuh dijangkiti semula selepas beberapa laporan mendakwa segelintir daripada individu kembali positif.

Beberapa pihak mendakwa masalah itu mungkin berpunca daripada keputusan ujian yang tidak konsisten. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...