Skip to main content

Pemimpin Ada 'Skandal Menjijikkan' Diberikan Tempat Dalam Kerajaan PN

Hasil carian imej untuk Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin mendakwa ada pemimpin yang terpalit dengan 'skandal menjijikkan' masih dilindungi dan diberikan tempat dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata demikian ketika menjawab gesaan bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad agar pemimpin Umno berhenti membangkitkan isu agihan jawatan kabinet.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Khaled berkata pelantikan pemimpin berkenaan dilakukan di sebalik janji Muhyiddin Yassin untuk menampilkan kabinet yang bersih dan berintegriti.

Justeru katanya, kebimbangan Abdul Hamid tidak sepatutnya ditujukan kepada pimpinan Umno, sebaliknya kepada kualiti dan kewibawaan kabinet itu sendiri.

"Bila 10 menteri dari blok Azmin (Ali) adalah mereka yang tidak menghormati mandat rakyat dan memperdagangkan jawatan Ahli Parlimen mereka untuk jawatan. Apakah itu sesuatu yang bermoral pada kaca mata Tun Hamid?

"Dan beberapa lagi yang dilantik dalam PPBM juga begitu. Mereka menang atas tiket Umno tetapi memilih jawatan daripada wibawa. Apakah ini kepimpinan Melayu yang Tun Hamid absahkan.

"Malah ada di kalangan mereka yang terpalit dengan skandal yang menjijikkan tetapi masih dilindungi dan diberikan tempat dalam kerajaan. Di sebalik janji untuk kerajaan yang bersih dan berintegriti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Abdul Hamid dalam satu tulisannya menyifatkan pemimpin Umno masih tidak berubah, tidak mengambil iktibar daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau mendakwa mereka lebih mementingkan parti dan diri daripada kepentingan negara, bangsa dan agama.

”Tolonglah diam dan belajarlah daripada pegawai-pegawai di kementerian masing-masing mengenai bidang kuasa dan tugas masing-masing.

"Anda tidak terus tahu segala-galanya mengenai tugas anda apabila dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri. Janganlah hendak tunjuk pandai dalam perkara yang anda tidak tahu, nanti yang akan nampak adalah kebodohan anda.

”Tolonglah jangan bangkitkan lagi isu pembahagian jawatan menteri dan timbalan menteri. Jika tidak puas hati, letak jawatan. Jika tidak, buat kerja. Jika tak tahu, diam. Pegawai-pegawai di kementerian anda tahu melakukannya,” tulis beliau di laman blognya.

Sebelum itu, beberapa pemimpin Umno menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap komposisi kabinet Muhyiddin yang dilihat memihak Bersatu dan menguntungkan Azmin.

Antara pemimpin Umno yang lantang mengkritik agihan kerusi itu ialah Anggota Majlis Tertinggi Umno, Azalina Othman Said dan Tajuddin Rahman.

Malam tadi, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan turut bersuara mengenainya dan berpendapat agihan itu sangat tidak adil kepada Umno.

'Umno bukan penumpang'

Dalam pada itu Khaled berkata, Hamid wajar memahami perspektif kenapa Umno merasakan bahawa ia tidak mendapat agihan kerusi dengan adil.

Umno katanya, dari awal telah menuntut agar parlimen segera dibubarkan untuk memberi laluan kepada satu pilihanraya.

Sebaliknya Umno hanya menukar pendiriannya setelah kedudukan politik Malaysia terus berkonflik kerana tindakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Demi menyelesaikan kemelut tersebut, Umno dan PAS memilih untuk menyokong Muhyiddin semata-mata atas kepentingan nasional.

"Tanpa Umno dan PAS, Muhyiddin tidak dapat membentuk kerajaan. Justeru Umno adalah pendiri bersama kerajaan PN dan bukan penumpang.

"Kerana itu Umno merasakan wajar untuk ia mendapat keadilan melalui tuntutan ‘proportionate’," katanya lagi.

Jelas Khaled, sesebuah kerajaan hanya akan hanya akan disegani dan diyakini dengan wibawa kabinetnya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...