Skip to main content

Nasib Mukhriz Bergantung Kepada Pas

Nasib Mukhriz ibarat telur di hujung tanduk - Tun M
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa nasib anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz kini diibaratkan seperti telur di hujung tanduk selepas terbentuknya Perikatan Nasional yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.

Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam menegaskan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas boleh bertindak mengikut Pas Pusat selari dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

“Banyak bergantung kepada ahli Pas. Kalau mereka tarik diri (ikut keputusan Pas Pusat), jatuhlah kerajaan dia. Waktu ini mereka tidak tarik diri walaupun bercanggah dengan pendirian Pas Pusat.

“Mereka masih mengekalkan sokongan kepada Mukhriz dan dia masih Menteri Besar. Tetapi situasi Mukhriz diibaratkan seperti telur di hujung tanduk. Kalau goncang sedikit, jatuhlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan adakah kerajaan Kedah yang dipimpin PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan tumbang seperti Johor, Melaka dan Perak selepas terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional.

Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Politik Semasa di Langkawi pada Sabtu lalu mengakui beliau pelik Pas masih menyokong kerajaan negeri di Kedah yang diterajui oleh Bersatu.

Namun, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan keadaan itu akan berubah kerana beliau percaya pimpinan Pas Kedah akan menerima tekanan daripada ibu pejabat parti berkenaan.

Kedudukan kerajaan negeri diterajui Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Bersatu dilaporkan dalam keadaan tidak menentu berikutan perpecahan dalam parti berkenaan selepas Bersatu keluar PH pada 24 Februari lalu.

Bagaimanapun, Mukhriz pada sidang medianya 4 Mac lalu menafikan kedudukan kerajaan negeri PH dan Bersatu goyah sambil mendakwa kedudukan sebanyak 19 kerusi yang dimiliki pakatan berkenaan menjadikan kerajaan negeri stabil. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...