Powered by Blogger.

Wednesday, October 9, 2019

"Kelmarin Baru Lakukan Hubungan...",Datuk Red Terkejut Adira Failkan Cerai,


Selepas pelbagai kontroversi tercetus, akhirnya penyanyi Adira Suhaimi telah mengakui bahawa dia telah memfailkan cerai terhadap suaminya Datuk Seri Adnan Abu.

Menurut laporan Harian Metro, permohonan cerai tersebut telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat yang sepatutnya berlangsung pada jam 9 pagi itu telah diubah ke jam 3 petang pada hari ini.

Mengikut laporan tersebut, Adira yang pada awalnya menafikan perceraian itu telah mengakui kesnya akan berlangsung hari ini.

Malah Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red juga turut menafikan mengenai isu kontroversi mengenai perceraian itu dengan berkata, ia hanyalah khabar angin seperti mana ia heboh diperkatakan sebelum ini.

“Berita yang mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama.
“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim.

"Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” katanya kepada Harian Metro.

Adnan telah menikahi Adira sebagai isteri keduanya di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata manakala Adnan pula mempunyai lima cahaya mata menerusi perkahwinan pertama sebelum Adira. - Astro Gempak