3 Gambar: Lelaki Ini Minta Izin Dengan Pemilik Haiwan Ternakan Untuk Lakukan


NEW JERSEY: Seorang lelaki di New Jersey, Amerika Syarikat ditahan setelah didakwa mengancam peladang sekiranya enggan diberi kebenaran melakukan hubungan seks dengan haiwan ternakan.

Lelaki itu juga dipercayai mengugut merosakkan kenderaan mereka jika permintaannya ditolak, lapor New York Post.

Suspek yang dikenali sebagai Richard Decker, 31, mula menghantar mesej kepada peladang kandang kuda di Sussex County pada 2018 bagi meminta kebenaran melakukan seks dengan lembu dan kuda peliharaan mereka.

Apabila permintaannya ditolak, Decker dilapor menghantar mesej ancaman dan meletakkan pancang logam buatan sendiri di laluan masuk kandang bagi merosakkan tayar kenderaan.

Selain itu, suspek turut mengancam memukul isteri peladang dengan kayu.

Decker ditahan di Vernon pada 3 Oktober lalu selepas sekumpulan peladang melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Ketika tangkapan dibuat, polis menemukan senjata api 0.22 kaliber buatan sendiri, anak panah dengan bahan peledak terpasang, dan pancang logam buatan sendiri sama seperti dilaporkan peladang.

Suspek kini ditahan tanpa jaminan sementara menunggu perbicaraannya pada November depan. - Astro AWANI