Skip to main content

Kementerian Kesihatan Siasat Kes Doktor Pukul Bekas Isteri Dan Bapa Mentua


BUTTERWORTH: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang doktor yang bertindak memukul bekas isteri dan juga bapa mentuanya dalam kejadian di Jalan Utarid, Sungai Buloh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mangsa dan bekas suaminya bertugas sebagai doktor dan sebarang tindakan berhubung perbuatan itu akan dibuat selepas semua siasatan selesai.

"Dia dalam siasatan pihak polis... sebelum ada tindakan kita kena siasat dulu. Kita belum pasti, kita sedang buat siasatan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kes tersebut.

Kes berkenaan tular di media sosial selepas video seorang doktor wanita cedera di kepala dipukul bekas suami yang juga seorang doktor.

Difahamkan wanita itu dipukul kerana bekas suaminya tidak berpuas hati dengan mangsa berkaitan hak penjagaan anak yang masih berjalan di mahkamah.

Lelaki itu juga turut memukul kepala bapa mangsa ketika dalam perjalan pulang dari mahkamah.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan lelaki berkenaan pada 9 September lepas namun dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut