Skip to main content

Azmin Ali Dilantik Timbalan Perdana Menteri Selepas Tahun Baru Cina???


Desas-desus mengenai pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sambutan Tahun Baru Cina semakin hangat diperkatakan. 

Menurut pengendali laman blog, Another Brick In The Wall, perang politik dijangka berlaku sebaik sahaja sambutan perayaan bagi masyarakat Cina itu berakhir ekoran beberapa perkembangan politik semasa. 

Jelasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan pelbagai tugas penting kepada Azmin termasuk melantiknya Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan yang kini mencetuskan kontroversi termasuk kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara. 

"DAP telah menyekat Mahathir daripada memegang jawatan dalam kementerian dan Azmin kini menjadi perantara dan perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja apabila Azmin turut dipertanggungjawabkan untuk memastikan kemenangan Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih. 

"Khabar angin dalam kalangan mereka yang rapat mengatakan akan melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas perayaan Tahun Baru Cina," katanya. Pada 12 Januari lalu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Facebooknya memuat naik sekeping gambar bersama Azmin ketika PRK Cameron Highlands dan memuatkan kenyataan bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 

Dalam pada itu, penulis tersebut mendakwa desas-desus itu menjawab persoalan daripada penyokong Bersatu mengenai nasib Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Ini bertentangan dengan angan-angan penyokong kuat Anwar dan Dr Mahathir tidak akan menunaikan janjinya kerana beliau secara konsisten tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. 

"Jika Dr Mahathir meninggal dua, beliau akan bangkit semula dari kubur dan menjelajah ke seluruh negara dan menakutkan orang ramai supaya menolak Anwar," katanya. 

Dakwa penulis itu, Azmin telah membuat keputusan untuk terus berada dalam PKR kerana ia lebih mudah daripada menubuhkan sebuah parti baharu. 

"Lagipun, pasukannya telah mendominasi jawatan Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat, sementara pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden tidak signifikan kerana Rafizi tidak setanding Azmin dan Mahathir," ujar blog itu. 

Mengulas tentang nasib Anwar, penulis tersebut mendakwa Anwar akan jadi mangsa fitnah sekali lagi namun kali ini tidak melibatkan kes Liwat 3 tetapi besar kemungkinan berkaitan isu dana. 

"Dengan perancangan untuk menggagalkan laluan Anwar (sebagai Perdana Menteri), usaha melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat kaedah yang logik," katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut