Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Video Detik-Detik Band Seventeen Dibadai Tsunami Ketika Konsert


Pemain bass kumpulan pop rock negara jiran, Seventeen, M Awal Purbani atau Bani, terkorban dalam bencana tsunami yang melanda Banten, Indonesia pada malam Sabtu 22 Disember 2018, lapor media di Indonesia.

Vokalis Seventeen, Ifan berkata selain Bani, pengurus jelajah konsert mereka yang bernama Oki Wijaya juga meninggal dunia.

Difahamkan Seventeen sedang membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, Banten, ketika gelombang tsunami membadai lokasi tersebut sekitar jam 9.33 malam tadi, pada waktu Indonesia Barat.

"Kami kehilangan bassis kami, Bani, sama road manager kami Oki"

"Minta ikhlas doanya juga buat Bani sama Mas Oki. Terima kasih, assalamualaikum," katanya pada hantaran di Instragram

Seventeen telah menghasilkan beberapa album, antaranya iaitu Bintang Terpilih (1999), Sweet Seventeen (2005), Lelaki Hebat (2008), Dunia Yang Indah (2011) & Sang Juara (2013). - Malaysiakini