Skip to main content

Tolong Jangan Paksa Saya, Perkara Ini Terlalu Peribadi


“Tolong jangan paksa saya kerana perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Saya juga tidak mahu dikatakan sengaja meraih simpati ramai,” kata pelakon, Ardell Aryana.

Sejak pertengahan tahun ini, keadaan kesihatan Ardell, 28, hangat diperbualkan apabila dia dikatakan mengidap kanser tahap tiga.

Status dimuat naik teman baiknya, Nadzmi Adhwa di laman sosial yang menasihati supaya tidak mengalah ketika diuji Allah bagaikan mengesahkan derita yang ditanggungnya.

Persoalan itu, bagaimanapun terus menjadi tanda tanya apabila Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin mengambil pendirian mengunci mulut.

Ardell berkata, dia tidak berniat untuk berahsia, sebaliknya keputusan itu dibuat kerana tidak mahu apa yang dilaluinya menjadi fokus ramai.

Katanya, melihat apa yang berlaku kepada teman artis seperti Elyana dan Puteri Balqis membuatkan dia nekad untuk tidak berkongsi masalah yang dihadapi.

“Mereka memerlukan kata semangat dan sokongan ketika berdepan ujian, namun masyarakat pula lebih suka menghukum.

“Saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada diri. Jadi, saya ambil keputusan mengunci mulut dan tidak bercerita mengenai kesihatan saya kerana ia terlalu peribadi,” katanya.

Pelakon yang popular menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia berkata, dia pernah kemurungan gara-gara membaca pelbagai komen keterlaluan di laman sosial.

Apa yang berlaku, kata Ardell, membuatkan dia tidak lagi membenarkan pandangan orang luar mempengaruhi emosinya.

“Pernah pada satu tahap, kesihatan saya mula merosot. Bayangkan ketika saya sedang berjuang melawan kesakitan, saya terpaksa menelan pelbagai andaian.

“Saya dituduh tidak menjaga pemakanan, malah apabila mula berhijab, saya pula dikatakan sedang menanti mati.

Apabila komen begitu dilemparkan, rasanya lebih baik saya tidak berkongsi,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya seni, Ardell berkata, kemunculannya dalam filem arahan Aziz M Osman, XX Ray 3 menjadi isyarat dia sudah bersedia untuk kembali aktif.

Bakal menjengah pawagam mulai 24 Januari depan, Ardell berkata, dia sedang mempertimbangkan tawaran baharu memandangkan keadaan kesihatannya bertambah baik. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...