Nak Sedap Punya Pasal... Sapu 'Balm'


Demi memuaskan hati si isteri, pasti ada sahaja perkara yang pelik dilakukan oleh si suami seperti mana kejadian yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Ijal, yang rela melakukan apa sahaja untuk isterinya yang tercinta.

Kes ini dikatakan berlaku di mana mereka menggunakan ‘Balm’ kononnya untuk tahan lama di atas ranjang ketika hendak bersama.

Akibat daripada perbuatan isterinya itu, Ijal yang berumur 36 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kejadian yang agak melucukan itu bermula ketika Ijal dikatakan hilang kekuatan untuk bersama isterinya di atas tempat tidur.

Dalam pada masa yang sama, isteri Ijal memberitahu bahawa mereka sudah melakukan pelbagai ikhtiar termasuklah mendapatkan rawatan daripada doktor pakar mahupun berubat secara tradisional.

Namun, menurutnya semua tindakan mereka itu hanyalah sia-sia sahaja dan setiap kos perubatan yang dilakukan telah menelan puluhan ribu ringgit.

Akibat berang dengan suaminya yang tidak memiliki kekuatan untuk bersama, isterinya yang berusia 31 tahun itu tergamak menyuruh suaminya menyapu kan Balm di “anu” nya konon dengan cara ini ia dapat membantu mengembalikan kekuatan lelaki.

Tambahnya lagi, pada awalnya dia hanyalah sekadar bergurau namun dia tidak menyangka bahawa suaminya melakukan perbuatan itu secara serius.

Isteri Ijal berasa sangat kesal dan berharap tiada kecederaan yang serius berlaku kepada suaminya. Sumber: E Berita, Editor: Amir