"Jangan Seronok Sangat Ambil Kesempatan Dengan Situasai Sekarang" - Tunang Adib Selar Pencipta Akaun Palsu
Tunang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim aggota bomba yang meninggal dunia akibat parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman kecewa apabila wujudnya banyak akaun palsu dirinya di laman sosial.
Menurut Astro Gempak Najihah berkata sepatutnya mereka perlu menghormati diri dan situasi yang berlaku sekarang.
“Kepada pencipta fake account, jangan seronok sangat ambil kesempatan dengan situasai sekarang. Respect orang sama.
“Nampak benda ni macam kecil, tapi mental aku hampa mainkan. Saya masih boleh bercakap cara baik, jangan sampai saya gun acara kasar.
“Guna kesempatan untuk naikkan perniagaan, nak cepat famous, tak berbaloi. Tolong ya,” tulisnya.
Tunang Adib itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsing itu, dia turut memuat naik foto akaun-akaun palsu tersebut.
Najihah berharap pencipta akaun palsu itu boleh memberhentikan aktiviti terkeji mereka.
Adib dan Najihah merancang melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ini namun tidak kesampaian.
Adib disahkan meninggal dunia selepas tiga minggu menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Jenazah Muhammad Adib dibawa menaiki helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah untuk urusan pengkebumian. - Astro Gempak