Skip to main content

Hutang Lama Perlu Diselesaikan Pasukan Vietnam Terhadap Malaysia.


KUALA LUMPUR: Masih ada hutang lama yang perlu diselesaikan pasukan Vietnam terhadap Malaysia.

Itu kata skuad Naga Emas menjelang pertembungan penentu gelaran Piala AFF 2018, menentang skuad Harimau Malaya, malam ini.

Berdasarkan laporan laman web Agensi Berita Vietnam hari ini, kekalahan 0-2 Vietnam kepada Malaysia pada aksi separuh akhir lapan tahun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil masih meninggalkan parut kepada pasukan itu.

Apatah lagi ketika itu, Vietnam memegang status sebagai juara bertahan selepas menjulang Piala AFF 2008.

Perlawanan timbal balik di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi bagaimanapun menyaksikan Vietnam sekadar terikat 0-0, sekali gus memberi kelebihan agregat 2-0 buat skuad Harimau Malaya.

Malaysia mengakhiri kempen Piala AFF 2010 dengan cemerlang apabila menjulang trofi buat pertama kali dan merampas kejuaraan dari Vietnam, apabila menumbangkan Indonesia di pentas akhir.

“Kisah lapan tahun masih meninggalkan kesan kepada pasukan Vietnam, namun luka itu semakin sembuh.

“Keputusan 2-2 pada perlawanan final pertama di Bukit Jalil mungkin tidak memuaskan, tetapi ia memberi keyakinan terhadap kami untuk menyembuhkan luka yang ada,” menurut berita dalam Agensi Berita Vietnam itu.

Menjelang aksi malam ini, Vietnam melabelkan Malaysia sebagai sebuah pasukan yang sukar diramal daripada aspek corak permainan sepanjang kempen kali ini.

Vietnam yang dibimbing Park Hang Seo dijangka akan mengubah barisan pemain malam ini berbanding perlawanan pertama di Bukit Jalil, biarpun masih kekal menggunakan formasi 3-4-3.

Penjaga gol, Dang Van Lam yang beraksi cemerlang dikatakan akan terus diberi tugasan penting mengawal gawang.

Manakala gandingan Que Quoc Hai, Dinh Trong dan Duy Manh akan juga ditugaskan bagi memikul tanggungjawab di bahagian pertahanan bagi mengekang jentera serangan Harimau Malaya.

Kemungkinan perubahan akan dilakukan di posisi pemain tengah dengan Hung Dung dikatakan akan menggantikan Huy Hung bagi menguatkan barisan tengah.

Dia akan bergandingan dengan Duc Huy, sementara jentera serangan Vietnam akan diperkuatkan dengan kehadiran Anh Duc berbanding Duc Chinh atau Tien Linh.

Jurulatih dari Korea Selatan itu turut mendapat suntikan semangat apabila dinobatkan sebagai “Tokoh Terbaik 2018” oleh Persatuan Wartawan Korea atas sumbangannya terhadap bola sepak Vietnam. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...