Skip to main content

Deja Moss Sah Bercerai Talak Satu


“DOAKAN yang baik-baik untuk saya untuk mengharungi kehidupan baru dan bergelar ‘single’,” kata penyanyi Deja Moss atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Mos, 45.

Dia itu ditemui selepas sah bercerai talak satu dengan pasangannya, Azfendy Azzuddin, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Hulu Klang, hari ini.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini berkata, dia bersyukur dengan prosiding itu yang berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, lafaz tadi berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, Azfendy, 39, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Noranizan Mohd Sufian selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan plaintif (Azfendy) untuk bercerai secara baik.

Ia mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang difailkan pada 5 Mac lalu.

Noranizan kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Deja (defendan) menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Selain itu, beliau mengarahkan perceraian mereka didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan.

Pada prosiding itu, Deja hadir memakai jubah dan bertudung hitam, manakala Azfendy mengenakan kemeja biru dan berseluar hitam.

Pada tarikh sebutan lalu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik pasangan itu melaporkan gagal mendamaikan pihak-pihak.

Sementara itu, peguam Halimatunsa’diah Abu Ahmad yang mewakili Deja pula memaklumkan anak guamnya sudah memfailkan permohonan untuk menuntut nafkah tertunggak terhadap Azfendy pada awal bulan ini.

“Tuntutan itu adalah bagi nafkah tertunggak sejak awal perkahwinan mereka.

“Mahkamah telah menetapkan 1 November ini untuk pihak-pihak menjalani proses sulh (perbincangan) di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur,” katanya yang tidak mendedahkan jumlah nafkah tertunggak yang dituntut.

Media sebelum ini melaporkan, Deja memberitahu suaminya sudah keluar rumah pada 27 September 2017 dan sejak dari itu mereka tidak lagi berhubung.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan anak. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut