Skip to main content

Inspektor Nizam Meninggal Dunia Di Hospital Sultanah Aminah


Seorang pelakon drama bersiri Gerak Khas Saiful Nizen Ayob atau Nizen Ayob, 33 tahun telah kembali kerahmatullah pada pukul 11.15 pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Nizen Ayob yang lebih dikenali melalui watak Inspektor Nizam dalam drama bersiri terbabit dikatakan meninggal dunia selepas buah pinggangnya gagal berfungsi.

Bekas peserta program realiti Pilih Kasih musim ketiga ini dikatakan telah terkena demam denggi sebelum buah pinggangnya gagal berfungsi  sehingga menyebabkannya meninggal dunia.

Menurut pelakon Salina Saibi di instagram miliknya, dia hanya mengetahui berita pemergian Nizen tersebut melalui kakak ipar arwah.

"Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor telah mengesahkan Nizen meninggal dunia disebabkan berpunca daripada masalah buah pinggang.

Jenazahnya akan dimandikan dan dikafankan terlebih dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya yang terletak di Johor.

Nizen adalah merupakan cucu kepada seniman veteran Allahyarham S Roomai Noor dan arwah pernah mendakwa di Instagramnya bahawa dia telah terkena sihir oleh pihak tertentu sejak awal tahun yang lalu.

Nizen telah memuat naik beberapa keping gambar berupa objek hitan yang tidak dapat dikenal pasti selain paku berkarat serta kecederaan di dahinya ketika dia berubat untuk memulihkan keadaannya.

Allahyarham juga pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam bagi merawat masalah penyakit misteri yang di alami olehnya itu sejak awal bulan Mei tahun yang lalu.

Bagaimanapun sama-samalah kita berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat. - Harian Metro.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...