Skip to main content

PAS Dengan Umno Memang Adik-Beradik, - Tun Dr Mahathir


Selepas PAS tidak meletakan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan UMNO adalah 'adik-beradik.

Menurut Perdana Menteri, "Memang dia adik-beradik," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir berkata demikian apabila PAS bertindak mengelakkan pertembungan tiga penjuru seolah-olah memberi laluan mudah kepada UMNO dengan tidak meletakkan calon untuk bertanding.

Pagi tadi, ketiadaan calon PAS dalam PRK Sungai Kandis tidak terlepas daripada sindiran, seterusnya mengelakkan pecahan undi - menunjukkan hubungan kedua-dua parti pembangkang itu.

Sebelum ini ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan berbincang dengan PAS untuk meletakkan seorang saja calon.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang merupakan Ketua Pemuda Umno mengumumkan PAS bersedia bergabung dangan Umno di pilihan raya kecil Sungai Kandis dan memberi laluan kepada Umno untuk bertanding.

Malangnya Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menafikan PAS bergabung dengan Umno.

Menurut Takiyuddin PAS masih belum memberi kata putus kepada Umno sama ada mahu membantu Umno sepanjang tempoh berkempen PRK itu.

Untuk pengetahuan semua Pilihan Raya Kecil (DUN) Sungai Kandis menyaksikan calon PKR Zawawi Mughni berdepan dengan calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas K. Murthy.

PRK Sungai Kandis menyaksikan calon Pakatan Harapan Zawawi Mughni berdepan dengan calon Umno Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas K. Murthy.

Pada PRU14 yang lalu, Mat Shuhaimi menang kerusi itu dengan majoriti 12,480 undi, mengalahkan Datuk Kamaruzzaman Johari dari Umno dan Mohd Yusof Abdullah  dari PAS.


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...