Pada zaman ini telefon bimbit bagaikan sudah menjadi sebahagian dari kegunaan manusia tidak mengira waktu.
Tidak kira sama ada orang dewasa atau kanak-kanak sudah pasti telefon bimbit menjadi sebahagian dari kehidupan mereka.
Selain itu,terdapat juga ibu bapa yang memberikan telefon bimbit kepada anak-anak kecil mereka supaya tidak menagis dan sekali gus ianya menyenangkan kerja seharian mereka.
Baru-baru ini seorang kanak-kanak perempuan dipercayai mempunyai masalah mata kerana terlalu lama menatap pada skrin telefon sehinggakan matanya menjadi juling dan pedih.
Peristiwa ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Josua Kalalo ini ada memuat naik beberapa keping gambar anaknya dengan mata sebelah kiri terpaska ditutup menggunakan kain kasa.
Pada kepsyen gambar tersebut,Josua menulis satu cerita pendek mengenai punca sebenar anaknya mengalama masalah itu.
Josua juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak terus membiarkan anak-anak anda menatap skrin telefon terlalu lama kerana buruk padahnya.
"Hati-hati dengan ibu bapa yang punya bayi di bawah umur 4 tahun, jangan membiasakan diri mereka dengan melihat youtube."
"Anak saya kena syndrome juling tapi belum parah,dia perlu diterapi 3 jam tiap hari dengan cara tutup mata satunya.
Josua juga menjelaskan bahawa kanak-kanak yang sering melihat skrin telefon mempunyai kesan yang berbeza.
"Kesan telefon bimbit kepada setiap kanak-kanak adalah berbeza. Ada yg mata juling seperti anak saya tp juling nya tidak teruk.Ada juga masalah lain yang boleh menyebabkan mata menjadi buta. "
"Bagi anak kecil yang memegang telefon lebih dari 1 jam setiap hari,diminta berwaspada ya.Seeloknya kurangkan aktiviti seperti itu.
Posting tersebut telah mendapat lebih dari 139 ribu perkongsian di media sosial dan 6,000 komen dari netizen.
Akademi Pediatrik Amerika (AAP) juga mencadangkan kanak-kanak lebih dari 2 tahun menonton televisyen, atau skrin teknologi lain untuk tidak lebih daripada 2 jam.
Untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun tidak boleh didedahkan kepada peranti sama sekali.
Malangnya, pelbagai program televisyen dan ciri-ciri telefon akan sentiasa dibuat sebagai menarik perhatian mereka.
Oleh sebab itu,mereka tidak dapat melepaskan peluang untuk melihat skrin telefon bimbit atau televison.
Bukan hanya berisiko mengalami mata juling malah,gadget juga menyebabkan pelbagai kes buruk kepada anak-anak anda.