Skip to main content

Najib Jangan Berlakon Seolah-Olah Menjadi Mangsa, Ini Bukan Zaman Kamu Dulu Boleh Pilih Peguam Negara - Latheefa Koya


Datuk Seri Najib Razak jangan berlakon seolah-olah menjadi mangsa dalam perbicaraan kes SRC International, kata Anggota Majlis Tertinggi PKR, Latheefa Koya.

"Hello Najib, ini bukan seperti zaman kamu dulu yang mana kamu boleh pilih Peguam Negara (AG) yang akan membersihkan kamu.

"Hentikanlah berlakon seolah-olah menjadi mangsa," katanya pada hantaran Twitter bagi mengulas akuan bersumpah yang difailkan Najib terhadap Peguam Negara Tommy Thomas.

Najib dalam samannya terhadap Thomas memetik artikel yang ditulis AG, terbit di Malaysiakini dua tahun lalu sebagai sebab beliau percaya Thomas akan bersikap prejudisjika terus mengetuai pendakwaan terhadap kes rasuah bekas perdana menteri itu.

Najib berkata artikel berjudul "Grand Larceny in 1MDB" itu merumuskan wang telah masuk ke akaunnya. Kata putus penghakiman

"Pendirian Thomas jelas tidak menyukai saya dalam artikel itu dan melahirkan kebimbangan kepada saya Thomas tetap akan mencari jalan mengenakan satu pertuduhan ke atas saya dengan apa alasan sekalipun," kata Najib.

Ketika dihubungi, Latheefa bagaimanapun memaklumkan tindakan Thomas mengetuai pendakwaan dalam kes ini tidak akan memberi kata putus penghakiman dan oleh demikian isu prejudis yang didakwa Najib tidak wujud.

"Keadaannya bukanlah AG akan memutuskan Najib bersalah atau tidak. Beliau (Thomas) masih perlu mengemukakan kesemua bukti, menunjukkan dokumen (dalam mahkamah) dan lain-lain lagi.

"Najib kata AG tidak suka dia. Tapi isu sama ada AG suka dia atau tidak tidak timbul dalam kes ini," peguam pengasas NGO Lawyers For Liberty itu memberitahu Malaysiakini.

Najib melalui peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memohon Thomas diketepikan daripada mengetuai pasukan pendakwaan terhadapnya.

Pada Jumaat lalu dilaporkan Najib memfailkan tiga saman berasingan terhadap Thomas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit AMan Datuk Amar Singh. Saman berkenaan difailkan pada 30 Jun lalu.

Sebelum ini Nooryana Najwa Najib, yang merupakan Anak perempuan bekas perdana menteri menggesa rakyat memikirkan tentang ayahnya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan, Najwa berkata "Selama 42 tahun, dia (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya sekali ini ketika dia sangat memerlukan kita,"

Najwa kata melalui kiriman di Instagramnya. keterangan pada kiriman yang memaparkan Najib memegang seorang bayi itu turut disertai tanda pagar "#freenajib #respectcivilliberties #thestruggleisreal #pray4dsn".

Kenyataan jurucakap Najib menyifatkan dakwaan berkenaan "bermotif politik" dan merupakan tindakan "balas dendam" oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...