Skip to main content

Kantoi Guna IC Palsu Yang Dipakai Sejak 37 Tahun Dan Siap Kahwin Wanita Tempatan.


Tindakan berani seorang warga Indonesia cuba menukar kad pengenalan palsu miliknya kepada kad pengenalan berprestasi tinggi (MyKad) di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini, kelmarin, memakan diri apabila ditahan atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu.

Lelaki berusia 64 tahun itu memiliki kad pengenalan terbabit sejak hampir 30 tahun lalu, sebelum dia ditahan di pejabat jabatan berkenaan.

Difahamkan, suspek berasal dari Bengkalis, Indonesia memasuki negara ini sejak 1981.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JPN negeri, Mohd Nasrom Yusof, berkata siasatan awal mendapati suspek membeli kad pengenalan palsu itu di Jasin daripada rakannya pada 1990.

"Kad pengenalan berkenaan dibeli pada harga RM500 pada 1990 dan juga digunakan oleh suspek untuk bernikah dengan wanita tempatan pada 2005.

"Siasatan turut mendapati, suspek tidak pernah menggunakan kad pengenalan palsu itu untuk kegunaan lain, selain bernikah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Nasrom berkata, sebelum ditahan, suspek ditemani isterinya, warga tempatan berusia 58 tahun ke kaunter membuat dan menukar kad pengenalan.

"Bagaimanapun, bahagian itu menyemak dan gagal menemui rekod pengenalan diri suspek lalu merujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, sebelum ditahan.

"Hasil soal siasat suspek mengaku warga Indonesia dan menggunakan kad pengenalan palsu, namun semua butiran diri dalam kad pengenalan itu menggunakan nama asalnya," katanya.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula semalam dan perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Teoh shu Yee.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani berkata, pihaknya akan merujuk kepada JPN untuk menjalankan siasatan.

"Walaupun kes itu (pernikahan) berlaku kira-kira 13 tahun lalu apabila suspek bernikah dengan warga tempatan pada 2005, kita memandang berat penggunaan dokumen palsu," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...