Skip to main content

Ibu Adam Raykal Sukar Bayang Tangisan Ketika Kejadian.


“Saya jaga bayi di wad, saya tidak pernah buat anak orang, bila orang buat Adam begitu saya tidak boleh terima,” kata ibu kepada Adam Raykal Mohd Sufi Naeif bayi berusia lima bulan yang ditemukan meninggal dunia dalam peti sejuk pada 3 Julai lepas.

Farah Madihah Othman, 28, yang bertugas sebagai jururawat di wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur berkata beliau tidak pernah menjangkakan tragedi hitam itu akan menimpa keluarganya dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan mereka.

“Saya rasa terlalu sekejap bersama anak. Adam baru berusia lima bulan, memang asyik teringat dia (Adam Raykal) bila di rumah… saya tidak boleh bayang macam mana Adam menangis ketika kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Amaniah, Batu Caves di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, beliau kini reda dengan insiden yang menimpa anak sulungnya itu meskipun pada awalnya asyik menangis teringatkan Adam Raykal.

Pada awalnya beliau mengakui agak sukar untuk mempercayai pengasuh berkenaan, namun wanita itu berjaya meyakinkannya dengan berjanji menjaga Adam Raykal sebaik mungkin.

Detik kejadian

“Memang susah nak meletakkan keyakinan kepada pengasuh tapi bila dia (pengasuh) beri keyakinan dan menjaga anak OKU (Orang Kelainan Upaya) sedikit sebanyak saya membuat pertimbangan menghantar anak saya kepadanya," katanya.

Menceritakan detik kejadian, Farah Madihah berkata pengasuh berkenaan menghubunginya dan mendakwa suaminya Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, telah mengambil anak mereka.

“Saya memang betul-betul ingat anak dilarikan tak terfikir dia (pengasuh) bertindak sedemikian,” katanya.

Farah Madihah berkata beliau kini bercuti dan masih menunggu keputusan permohonan pertukaran ke Terengganu.

Terdahulu, Farah Madihah menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad.

Pada 3 Julai lepas, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves di Kuala Lumpur sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis di bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama lewat malam hari kejadian.

Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di bahagian tempurung kepala.

Noraini ketika ditemui pemberita mencadangkan kerajaan mengambil tindakan drastik susulan insiden berkenaan antaranya dengan menguatkuasakan undang-undang.

Menurutnya, kerajaan harus mewajibkan semua pengasuh sama ada yang mengasuh di kediaman sendiri atau pusat asuhan supaya berdaftar dengan kementerian berkaitan.

“Kementerian boleh paparkan kepada umum pengasuh yang berdaftar dengan mereka supaya dapat meyakinkan ibu bapa...selain itu kami sarankan supaya satu pusat latihan untuk melatih pengasuh diwujudkan supaya mereka dapat menjalankan tugas secara profesional,“ katanya. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...