Skip to main content

8 Gambar Kemalangan Maut 'Kami Tunggu Tapi Mereka Tak Sampai'


SUNGAI BULOH: "Kami tunggu ketibaan mereka sekeluarga, tetapi tidak sampai, sebaliknya yang sampai adalah berita mereka terbabit kemalangan maut hari ini," kata Noor Bunga Mawarraya Mohammad Noor, 49, kakak kepada Noorakhirludin Alam Mohamad Noor, 48.

Noorakhirludin adalah antara mangsa yang maut dalam kemalangan enam kenderaan di Kilometer (KM) 446 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan dekat Persimpangan Rawang Selatan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
 

Noor Bunga berkata, 30 minit sebelum kejadian, dia sempat bercakap dengan arwah yang memandu kenderaan Toyota Vellfire yang dinaiki isteri, Makshiah, dan anak bongsu mereka, Ezzudin, yang mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Menurut Noor Bunga, arwah adiknya mungkin sudah tahu petanda ajal kerana memaklumkan tidak akan bermalam di rumahnya.
 

"Selalunya, apabila datang ke Kuala Lumpur, arwah akan bermalam di rumah saya dan akan pulang ke Pulau Pinang selepas Zohor esoknya tetapi kali ini dia maklumkan tidak akan bermalam.

"Seolah-olah dia sudah tahu petanda ajalnya sendiri," katanya ketika ditemui di unit Forensik Hospital Sungai Buloh, hari ini.
 

Noor Bunga berkata, arwah bersama isteri dan anak dalam perjalanan dari Pulau Pinang untuk melawat dua anak mereka di Bangi, Selangor.

"Lam (panggilan untuk arwah), Makshiah dan Ezzudin dalam perjalanan dari Pulau Pinang untuk melawat anak kedua dan ketiga mereka, Azzra, 15 dan Faris, 14, yang belajar di Sekolah Seri Puteri dan Pusat Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
 

"Kedatangan mereka adalah untuk mengambil kad laporan prestasi serta melawat anak mereka Faris, tetapi tak sangka ia tidak kesampaian" katanya.
 

Noor Bunga berkata, seluruh keluarganya terkejut apabila menerima berita arwah meninggal dalam kemalangan berkenaan kerana seorang adik-beradik mereka baru meninggal dunia 40 hari lalu.
 

Difahamkan, nahas berlaku apabila pemandu treler yang dalam perjalanan menuju arah utara melanggar belakang sebuah kenderaan.
 

Pelanggaran itu menyebabkan treler berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan masuk ke laluan lebuh raya arah selatan dan melanggar empat kenderaan lain.
 

Selain Noorakhirludin, turut meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu Perodua Alza, Mohammad Hafiz Shahrul Jefri Din, serta penumpang, Nurbaya Mohd Zaki dan Nur Fitrah Rosman. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...