Skip to main content

Pejuang Palestin Menuntut Bela, Serang Israel Guna Roket.


Pesawat Israel mengebom lebih 12 sasaran pejuang Palestin di Gaza, kata tentera hari ini, selepas bedilan roket pejuang menggagalkan gencatan senjata yang dicapai beberapa hari lalu selepas ketegangan paling buruk sejak perang 2014.

Ketegangan terbaru berlaku beberapa jam selepas ribuan penduduk Palestin menghadiri majlis pengebumian sukarelawan perubatan wanita yang terkorban akibat tembakan curi rejim Zionis di sempadan Gaza.

Dalam gelombang serangan udara pertama, jet pejuang Israel mensasarkan 10 lokasi pejuang di tiga kawasan milik Hamas di Semenanjung Gaza, kata tentera dalam kenyataan awal hari ini.

"Antara sasaran adalah dua kilang membuat peluru Hamas dan lokasi penyimpanan dan kawasan tentera," kata tentera.

Serangan dilancarkan bagi membalas dendam di atas serangan roket ke wilayah Israel, selain 'aktiviti pengganas yang didalangi Hamas hujung minggu lalu,' kata tentera.
 

Beberapa jam kemudian, pesawat membedil lima sasaran pejuang di kawasan tentera milik tentera laut Hamas di utara Semenanjung Gaza.

Tiada laporan kematian di Gaza susulan serangan itu. 

Sebelum ini tentera Israel menembak mati seorang jururawat wanita Palestin ketika mangsa cuba membantu seorang penduduk yang cedera di Khan Younis, sempadan Gaza.
 

Kematian Razan Al-Najjar, 21, menjadikan jumlah penduduk yang terkorban sejak bantahan besar-besaran bermula 30 Mac lalu di Semenanjung Gaza mening­kat kepada 119 orang.

Seorang saksi berkata, Razan yang merupakan sukarelawan perubatan ditembak ketika sedang berlari ke arah pagar sempadan untuk memberi bantuan kepada seorang mangsa yang cedera.

Mangsa yang memakai pakaian­ putih secara jelas mengangkat tangan namun tentera rejim Zionis terus menembak wanita itu di bahagian dada, kata saksi yang enggan dikenali.
 

Jurucakap tentera Israel tidak memberi sebarang kenyataan tentang pembunuhan Razan namun rejim Zionis mendakwa kumpulan pejuang Palestin bertindak menye­rang kedudukan tentera menggunakan senapang dan bom.

Sebelum ini, pegawai-pegawai tentera Israel memberitahu, pe­nembak tepat tentera hanya me­nyasarkan individu yang memberi ancaman namun terdapat kejadian peluru yang dilepaskan melantun dan mengenai orang awam.

Menurut pegawai-pegawai perubatan Gazan, sekurang-kurangnya 100 penduduk Palestin cedera ditembak oleh tentera Israel dalam bantahan semalam.

Sementara itu dalam kenya­taan berasingan, tentera Israel memaklumkan pihaknya bertindak menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan di lima lokasi.

Pihak berkenaan memberi­tahu, kenderaan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah ditembak dan seorang suspek dikenal pasti menyeberang pagar keselamatan di utara Semenanjung Gaza dan menanam bom yang kemudian meletup semasa suspek kembali ke kawasan terbabit.
 

Sehingga kini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan di pihak Israel sepanjang bantahan itu namun Israel mendakwa tanah ladang miliknya rosak teruk akibat ‘bom layang-layang’ dari Gaza.

Jumlah penunjuk perasaan yang berhimpun berkurangan berbanding minggu sebelum­nya namun dijangka meningkat minggu depan sempena ulang tahun penjajahan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan Tebing Barat serta Baitulmuqaddis Timur semasa perang 1967.

Dalam kejadian lain, tentera Israel menembak mati seorang penduduk Palestin yang cuba merempuh pasukan keselamatan menggunakan kereta yang dipandunya di Tebing Barat.
 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...