Padah Putuskan Hubungan, Lelaki Sebar Gambar Tanpa Pakaian Isteri Orang.


Indonesia - Seorang pemuda telah ditahan selepas didapati telah menyebarkan gambar kekasihnya tanpa pakaian yang juga merupakan isteri orang.

Pemuda berkenaan dikatakan telah bertindak menyebarkan gambar wanita tersebut selepas wanita itu meminta untuk memutuskan hubungan dengannya.

Pemuda berkenaan yang hanya dikenali sebagai Sn berusia 24 tahun menetap di Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta dikatakan tergamak menyebarkan gambar seorang wanita yang tidak berpakaian.

Wanita tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai S berusia 31 tahun dikatakan mempunyai masalah rumah tangga bersama suaminya kemudiannya telah menjalinkan hubungan bersama Sn.

Sepanjang perhubungan mereka Sn serta S sering membuat panggilan video sehinggalah Sn meminta agar S menaggalkan pakaiannya untuk dilihat oleh Sn.

Namun begitu selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan terlarang tersebut, mangsa mula meyedari bahawa perbuatannya itu salah dan bertindak memutuskan hubungannya bersama dengan Sn.

Walaubagaimanapun Kasat Reskrim Polres Gunungkidul AKP Riko Sanjaya memberitahu bahawa Sn yang tidak dapat menerima keputusan mangsa yang ingin memutuskan hubungan mereka kemudiannya bertindak mengungut mangsa untuk menyebarkan gambar mangsa tanpa pakaian.

Namun begitu mangsa yang tidak mengendahkan ugutan Sn tersebut dan tetap dengan keputusannya untuk memutuskan hubungan telah menyebabkan Sn bertindak menyebarkan gambar mangsa di media sosial.

Mangsa yang mendapati gambarnya telah disebarkan di media sosial kemudiannya telah membuat laporan polis dan mangsa telah bekerjasama dengan pihak polis bagi memberkas Sn.

Pihak polis telah meminta mangsa agar membuat pertemuan dengan Sn dengan alasan untuk membincangkan hubungan mereka sebelum memberkas Sn pada Ahad yang lepas.

Sn mengaku bahawa dia menyebarkan berpuluh-puluh gambar mangsa di Instagram dan Facebook dengan menggunakan akaun palsu selepas merasa sakit hati serta tidak dapat menerima keputusan mangsa untuk memutuskan hubungan dengannya.

Bagi kesalahan Sn tersebut dia bakal berdepan hukuman penjara enam tahun tetapi buat masa sekarang Sn telah ditahan di Mapolres Gunungkidul sebelum dibicarakan.-Online News