Skip to main content

Datuk Seri Anwar Ibrahim Mengadap Yang di-Pertuan Agong


Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong malam ini bagi menyelesaikan kebuntuan berhubung isu pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara.

Ketua Umum PKR itu memberi jaminan bahawa hak orang Melayu tidak akan diabaikan meskipun individu bukan beragama Islam dilantik bagi menyandang jawatan itu.

“Tugas saya sebagai orang awam dengan sedikit pengaruh adalah untuk membincangkan (dengan Raja-raja Melayu) dan menyakinkan baginda.

"Apa yang saya sampaikan kepada baginda adalah: Dalam tempoh 60 tahun, keluarga diraja bekerjasama dengan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Sekarang situasi sudah berubah. Tetapi Perlembagaan tidak berubah. Status Raja-raja Melayu tidak berubah. Hal (seperti pelantikan peguam negara) boleh dibincangkan difahami,” kata Anwar seperti dilapor The Malaysian Insight.

Selepas mendapatkan pengampunan daripada Agong, Anwar sudah mengadap tujuh sultan, termasuk Sultan Johor untuk kali kedua malam semalam.

Majlis Raja-Raja Melayu akan memutuskan mengenai pelantikan Thomas, seorang peguam kanan berpengalaman berketurunan India dan beragama Kristian, dalam mesyuarat esok.

Anwar berkata pemilihan Thomas sebagai peguam negara oleh Dr Mahathir Mohamad harus dihormati kerana kuasa prerogatif perdana menteri.

Selain patuh kepada perlembagaan, Anwar berkata Raja-raja Melayu wajar memberikan pandangan mereka.

"Tidak ada salahnya kita bincang dan akhirnya putuskan dengan baik.

"Kita tahu akhirnya keputusan perdana menteri yang menentukannya dalam sistem demokrasi berpelembagaan,.

"Agong boleh berikan pandangan dan peringatan serta menangguh sedikit agar hasrat dan mesej untuk menjaga Islam dan adat istiadat Melayu itu sampai kepada kerajaan,” katanya.

Anwar mengakui terdapat kebimbangan yang seorang peguam negara bukan Islam tidak boleh menasihati Raja-raja Melayu dalam hal berkaitan syariah.

“Ada yang berkata, selepas pertemuan saya dengan tujuh Raja-raja Melayu, yang baginda mahukan jaminan syariah dan hal ehwal Melayu tidak digugat tetapi diambil kira.

“Saya tidak jangka situasi ini akan perpanjangan, atau bertukar menjadi satu krisis. Pandangan orang bandar, yang mana lebih liberal, mungkin berbeza.

"Orang luar bandar dan Melayu mungkin fikir berbeza. Menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk mengambil kira semua pandangan ini," katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...