Powered by Blogger.

Monday, June 25, 2018

Azmin Ambil Tindakkan Undang-undang Terhadap Blogger Yang Fitnahnya.


Putrajaya - Pemilik sebuah portal blog bakal dikenakan tindakan undang-undang selepas dikatakan telah menyebarkan fitnah terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Pemilik blog Toyol Of Selangor telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyimpan berjuta-juta ringgit Malaysia di dalam akaun di luar negara sehingga mencecah RM300 Juta.

Bagaimanapun kenyataan tersebut adalah tidak benar dan menyebabkan pemilik blog tersebut bakal diambil tindakan undang-undang susulan fitnah yang dilemparkannya terhadap Menteri berkenaan.

Azmin dikatakan telah meminta pasukan guaman untuk memfailkan permohonan menyaman tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik blog tersebut bagi mengambil tindakan susulan ke atasnya.

Menurut laporan Sinar Harian, Azmin telah mengambil tindakan undang-undang tersebut bagi tujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja dibuat dengan niat jahat untuk menggugat kewibawaan dan intergriti Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Azmin dikatakan kecewa dengan sikap sesetengah media yang melaporkan serta menyebarkan fitnah tersebut daripada sumber yang sama sekali tidak berwibawa sehingga terperangkap dalam gejala 'gutter politics'.

Azmin yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor telah meminta peguamnya untuk mengambil tindakkan undang-undang ke atas pemilik blog Toyol of Selangor atau mana-mana blog yang mengulangi paparan fitnah tersebut di media sosial dan portal. - Online News