Powered by Blogger.

Wednesday, May 16, 2018

Kediaman Najib Di Serbu Polis.


Sebanyak 16 buah kenderaan polis dan sebuah trak telah masuk ke pekarangan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai untuk mengambil dokumen-dokumen bagi dijadikan bahan bukti mengaitkan bekas perdana menteri itu dengan beberapa kes yang didakwa membabitkan penyelewengan termasuk 1MDB.

Kenderaan dan trak polis itu dilihat memasuki rumah Najib di Jalan Langgak Duta pada pukul 10.35 malam.

Sebelum itu Najib telah keluar menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Kampung Baru. -

Lebih daripada 10 kereta polis dan sebuah lori polis (Black Maria) dilihat berada di luar kawasan rumah.

Menurut seorang anggota polis yang bertugas di situ, kesemua anggota polis itu kini berada di dalam rumah Najib.

Media dihalang menghampiri kawasan rumah Najib.

Seorang individu yang dilihat turut masuk dalam rumah Najib sebelum itu mendakwa beliau adalah peguam kepada bekas pengerusi BN itu.