Skip to main content

Beg Tangan Tun Siti Hasmah Jadi Perhatian Netizen


Jika sebelum ini First Lady of Malaysia lebih gemar menggunakan beg tangan berjenama mahal namun berbeza pula dengan First Lady of Malaysia kita sekarang,Tun Siti Hasmah yang lebih gemar menggayakan beg tangan yang simple dan lebih murah.

Dari dahulu sehingga sekarang Tun Siti Hasmah lebih memilih menggunakan beg tangan yang murah namun berkualiti tinggi.

Semasa sesi Tun Mahathir berucap di hadapan kakitangan awam,di Perdana Putra, Putrajaya jelas kelihatan di dalam gambar Tun Siti Hasmah berdiri di sisi suaminya sambil memeggang beg tangan.

Ada juga yang menyatakan beg tangan tersebut daripada jenama Jepun iaitu HAMANO.

Bagaimanapun,kesahihan mengenai beg tersebut benar dari jenama HAMANO atau sebaliknya masih tidak dapat ditentukan lagi.


Sebelum ini beg tangan tersebut disamakan dengan jenama Marie Claire dari Bata.Gambar yang telah dimuat naik menerusi Kelab che det itu dikatakan mendapat sebanyak 17k likes dan telah mendapat perhatian netizen rata-rata memuji sifat Tun Siti yang tak suka menunjuk-nunjuk dalam kehidupan sehariannya.

Bagaimanapun,beliau lebih memilih untuk mengayakan baju kurung dan sedikit perhisan agar tidak kelihatan berlebih-lebihan.

Jangan membazir tau. Bak kata Tun M, biar beg harga RM50 tapi isinya RM450.Beliau patut dicontohi kerana lebih suka hidup dalam bersederhana.

Rata-rata netizen memuji sikap Tun Siti dengan menulis "simple je PM kita tp penuh berkarisma.. welcome back Ayahnda Tun ke JPM office.

"Mempraktikkan kesederhanaan sebab itu bonda disanjungi rakyat".





Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...