Powered by Blogger.

Thursday, May 17, 2018

4 Gambar Polis Rampas Lebih 400 Beg Mewah Di Kediaman Najib.


KUALA LUMPUR: Sejumlah 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dan barangan bernilai termasuk jam tangan, adalah antara rampasan yang dilakukan dalam satu operasi pencarian di kondomiminum mewah milik bekas pemimpin negara lewat malam tadi.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media yang berlangsung sekitar jam 2 pagi di perkarangan kondominium mewah selepas operasi penggeledahan tamat.

"Anggaran jumlah wang barang kemas, jam tangan yang dirampas tidak diberikan buat ketika ini," kata Amar Singh.

Beliau juga telah berkata bahawa pihak polis telah menjalankan penyiasatan di keenam-enam tempat tersebut secara serentak dan menegaskan bahawa ia merupakan suatu pemeriksaan dan bukannya serbuan.

Antara lokasi-lokasi terbabit termasuk di Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri dan empat buah kediaman beliau.

"Ini adalah pemeriksaan bukan serbuan," tegas Amar Singh.

Beliau turut berkata rampasan dibuat untuk membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) .

"Kami sedang membuat siasatan tentang kes 1MDB," katanya dalam sidang media itu yang bermula sekitar 2.15 pagi tadi. - Astro Awani.