Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Video - Pasangan Lesbian Mahu Bunuh Diri Kerana Cinta Tak Direstui


Menerusi video yang berdurasi selama 1 minit memaparkan dua orang wanita cuba untuk terjun ke dalam sumgai yang terdapat di bawah jambatan.

Kedua-dua wanita itu dipercayai pasangan lesbian yang kecewa dan mahu bunuh diri kerana cinta
mereka tidak direstui oleh keluarga.

Berdasarkan video tersebut, orang awam cuba untuk menyelamatkan dua wanita tersebut dengan menarik mereka naik ke atas jambatan semula.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia berdasarkan cara percakapan individu di dalam video tersebut.

Menjalinkan hubungan bersama pasangan yang sama jantina atau homoseksual adalah hubungan yang terlarang kerana melanggar fitrah Islam dan manusia itu sendiri. Editor:Anna