Menerusi sebuah video, seekor gajah kelihatan sedang menghembuskan asap yang dipercayai sisa kebakaran hutan hingga menimbulkan kebingungan kepada pakar hidupan liar.
Video ini dirakam oleh seorang saintis di Wildlife Conservation Society (India) yang dikenali sebagai Vinay Kumar ketika dalam perjalanan bertugas di hutan Nagarhole di Karnataka pada April 2016 lalu.
Berdasarkan laporan BBC Kumar baru menyiarkan video tersebut kerana sebelum ini dia tidak menyedari kepentingannya.
"Ini dokumentasi video pertama yang diketahui mengenai gajah liar yang menunjukkan perilaku seperti itu, dan ini membuat para saintis dan para pakar terkejut," kata kenyataan dikeluarkan Wildlife Conservation Society (India).
Kumar mendedakan tujuan dia dan rakannya masuk ke hutan berkenaan bagi melihat kamera litar tertutup yang di pasang untuk merakam harimau.
Bagaimanapun, pandangan mereka beralih kepada seekor gajah betina yang berhampiran dengan kawasan mereka memasang kamera berkenaan.
Gajah itu dilihat menyedut dan menghembus asap abu arang yang didapatinya daripada sisa bara api kebakaran yang tertinggal di tanah.
"Apa yang kami lihat hari itu nampak seolah-olah gajah itu sedang merokok, dia menjulurkan belalainya untuk menghisap abu yang didekatkan di mulutnya dan menyemburkannya sehingga menghasilkan kepulan asap!" kata Kumar.
Varun R Goswami merupakan seorang pakar gajah berkata kemungkinan besar, gajah itu sedang cuba mengambil arang kayu dari lantai hutan yang terbakar dengan belalainya lalu meniupkan abu dan memakan sisanya."
Katanya, meskipun tidak banyak memiliki kandungan nutrisi, haiwan liar berkenaan mungkin tertarik kepada arang kerana manfaatnya untuk dijadikan sebagai penawar.
"Arang juga boleh dijadikan sebagai julap untuk manfaat bagi haiwan itu memakannya setelah berlaku kebakaran hutan, sambaran petir, atau pembakaran hutan yang terkawal," katanya.
Sumber:Malaysiakini , Editor:Anna
,