Skip to main content

Perkara Sunat Yang Boleh Dilakukan Pada Hari Jumaat


Hari Jumaat adalah hari penghulu segala hari dan hari yang paling dimuliakan oleh Allah swt. Untuk pengetahuan anda semua hari Jumaat merupakan hari yang lebih mulia daripada hari Raya Aidilfitri dan hari-hari yang lain. Selai itu pada hari Jumaat juga akan terjadinya hari kiamat.

Selain itu, terdapat juga beberapa perkara sunat yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat ini disamping dapat mengumpul pahala.Mari kita baca.


Amalan Pertama adalah mengetip kuku


Ibnu Masud berkata "Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat,maka Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan."Selain memotong kuku,memakai pakaian yang bersih,cantik serta memakai bau bauan.Kita juga sunatkan mencukur kepala dan memendekkan misai.


Amalan kedua membaca surah Al-Kahfi

Kita juga di sunat kan membaca surah Al- Kahfi pada malam Jumaat dan pada waktu siangnya. Surah panjang sisebabkan itu lah kita di sunatkan membacanya selepas asar hari Kahmis dan di sambung pada wakatu asar hari Jumaat nya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abi Said Al- Khudri yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Al- Kahfi pada hari Jumaat makan Allah akan menerangi hidupnya di antara dua Jumaat.

Amalan Ketiga membaca surah Al- Imran

Selain daripada membaca surah Al-Kahfi kita juga disunatkan membaca surah Al-Imran. Sabda Nabi s.a.w yang membawa maksud "Bagi sesiapa yang membaca surah Al-Imaran pada hari Jumaat ,maka Allah dan malaikat akan mendoakan kebaikan ke atas dirinya sehingga matahari terbenam.


Amalan Keempat, selawat.

Kita juga digalakkan memperbanyakkan membaca selawat dan berzikir ke atas junjungan Nabi s.a.w pada waktu malam dan di siang hari.

Rasululluah s.a.w pernah bersabda yang membaca erti: " Perbanyakkanlah membaca selawat padakupada malam hari dan pada hari Jumaat,maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah memberinya rahmat 10 kali)". (HR.Al-Baihaqi)

Amalan kelima, membaca Yassin


Kita juga digalakkan untuk mebaca surah Yassin pada malam Jumaat,Allah akan mengampunkan dosa kecil yang telah kita lakukan, menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.


Amalan keenam,mandi sunat Jumaat.


Selain dariapada membaca surah-surah Al-quran , kita juga disunatkan untuk mandi sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abu Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”

Amalan Ketujuh, menunaikan solat Jumaat bagi Kaum Adam

Bagi kaum adam mereka yang menunaikan solat Jumaat kepada Jumaat yang seterusnya dan kepada Jumaat yang berikutnya,maka Allah swt akan mengelakkan dia daripada melakukan dosa besar.

Amalan kelapan, bersedekah




Memperbanyakkan bersedekah bagi orang-orang yang memerlukan.Editor: Ila Hakimi

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...