Kilafairy Akui Terpaksa Merokok



Anak kepada penyanyi Rohana Jalil, pelakon Kilafairy, akui mengalami detik sukar apabila terpaksa merokok bagi menjayakan watak Deja yang merupakan perokok tegar sehingga menghidap kanser paru-paru menerusi drama bersiri terbaru yang berjudul Nafas

Kilafairy berkata dia bukan seorang perokok jadi sedikit sukar untuk membawa watak ini kerana ia amat mencabar kerana terpaksa merokok.

Menurut beliau dia telah melakukan beberapa cara lain bagi menampakkan lakonannya realistik.

"Ada beberapa cara lain saya cuba lakukan semata-mata untuk tidak merokok. Antara yang saya lakukan adalah dengan menyedut asap vape. Namun tidak berhasil.

"Kemudian, saya terpaksa mencari rokok yang rasanya paling 'ringan'," katanya.

Menerusi karakter yang dibawanya, Deja merupakan seorang gadis yang sangat kuat merokok sehingga akhirnya kesihatannya terjejas apabila menderita kanser paru-paru.

Mesej positif yang mahu disampaikan melalui karakter Deja supaya para perokok tegar diluar sana sedar akan keburukan merokok.

Selain Kilafairy, Nafas yang diterbitkan oleh ntv7 turut dibintangi oleh Erwin Dawson, Nor Aliah Lee, Kaka Azraff, Ben Amir, Aishah Azman, Edika Yusof dan ramai lagi.

Drama bersiri 24 episod itu akan ditayangkan pada bulan Mei akan datang di siaran ntv7. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna