Skip to main content

Ifa Raziah Dikecam Netizen Gara-gara Muka Iras Patung Barbie


Siapa sahaja yang tidak mengenali Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Binti Mustapha yang dilahirkan pada 22 September 1975. Beliau adalah seorang penyanyi,pelakon,pengacara dan usahawan berjaya.

Selain itu beliau juga digelar Diva Dangdut Malaysia dek kerana popular dengan lagu Ser..Ser..Ser. Ifa juga merupakan seorang artis yang sangat menitik beratkan soal kecantikan dan kesihatan.Jadi tidak heran lah jika kita lihat beliau sentiasa bergaya dan kelihatan cantik.

Ifa Raziah juga turut sinonim dengan tagline Sukerr..Banggee.. dan Pukpukpukk satu ketika dahulu. Sememangnya nama beliau didalam industri hiburan bukan satu yang asing lagi. Sebuat sahaja nama Ifa Raziah pasti akan terbayangkan suara manjanya ketika menyanyikan lagi dangdut.

Sebelum ini nama nya pernah mengejutkan industri tanah air kerana dikatakan mempunyai masalah dengan seorang lagi artis dangdut Malaysia ,kini nama Ifa Raziah sekali lagi menjadi perbualan para netizen kerana raut wajahnya iras seperti patung barbie.

Usianya yang telah mencecah 40-an seolah-olah seperti tidak berusia itu yang menjadikan dia sering diperhatikan oleh para netizen.

Menerusi laman Instagramnya, Ifa telah memuat naik gambar-gambar terbarunya dan rata-rata netizen menyatakan bahawa Ifa telah melakukan botox bagi mendapatkan bentuk muka seperti anak patung barbie.

Diantara komen yang di tulis oleh netizen adalah "Duit banyak semua jadi.Kita pun kalau duit berkepuk-kepuk .Mesti cantik juga mengalahkan artis.Satu je nak pesan.Kalau nak cantik jangan ubah kejadian tuhan.Cucuk sana cucuk sini. Semata-mata nak cantik".Editor: Ila Hakimi















Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...