Skip to main content

Bayi Perempuan Di Temui Tepi Jalan



Pihak polis sedang berusaha mengesan ibu bapa kepada seorang bayi yang berusia lingkungan 2 minggu dipercayai ditinggal secara sengaja di Jalan Kota Masai Utama, Pasir Gudang, Jumaat lalu.

Ketika ditemui Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Aziz berkata bayi itu ditemui dalam keadaan selamat namun tiada sebarang dokumen pengenalan ditinggalkan bersama.

Ekoran dari kes tersebut, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Ketika ditemui, tiada siapa yang berada di kawasan terbabit. Bayi tersebut juga dalam keadaan sihat selepas disahkan pihak hospital.

“Kami percaya bayi itu berbangsa Melayu atau Indonesia melihat daripada keadaan kulitnya,” katanya

Ketika ini, mereka sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa bayi tersebut.

“Polis membuka siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

“Bagi kesalahan ini, boleh dihukum dengan penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-dua sekali,” katanya.

Tambah Johari lagi, bayi tersebut diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penjagaan sementara waktu sebelum dituntut.

Bayi tersebut ditemui ketika beberapa orang polis bantuan sedang melakukan rondaan motosikal di kawasan Ecoworld di Jalan Kota Masai Utama.

Pengadu berkata dia ternampak satu objek berbungkus di tepi jalan di atas rumput kemudian menghampiri objek berkenaan untuk membuat pemeriksaan.

Apabila didekati, pengadu dapati bungkusan itu adalah seorang bayi perempuan dalam keadaan lengkap berpakaian dan lengkap berbalut kain sedang menangis sebelum menghubungi Balai Polis Taman Scientex sebelum untuk membuat laporan. Sumber:Sinar Harian , Editor:Anna






Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...