Wang Fuman seorang kanak-kanak yang berjalan ke sekolah sejauh 2.8
batu dalam cuaca sejuk dan menyebabkan ais menyelaputi rambut dan keningnya.
Fuman telah mendapat sumbangan sebanyak 2.2 juta yuan (RM1.3 juta).
Gambar Fuman yang tersenyum telah mendapat perhatian seluruh dunia kerana rambut dan keningnya diseliputi ais selepas berjalan selama sejam dalam cuaca sejuk negatif sembilan darjah di Yunnan, China, untuk menghadiri peperiksaan.
Gambar Fuman yang tersenyum telah mendapat perhatian seluruh dunia kerana rambut dan keningnya diseliputi ais selepas berjalan selama sejam dalam cuaca sejuk negatif sembilan darjah di Yunnan, China, untuk menghadiri peperiksaan.
Dia dan murid lain terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan
yang sejuk dalam kelas yang tiada alat pemanas.
Daily Mail melaporkan selepas berita itu tersiar, Yayasan
Pembangunan Belia Yunnan, menyatakan pihaknya mula menerima sumbangan untuk
Fuman dan sekolahnya.
Fuman dan pihak sekolah akan mendapat sumbangan terbabit melalui urusan
yayasan milik kerajaan dengan kerjasama yayasan tempatan, Pembangunan Belia
Zhaotong.
Yayasan itu mengesahkan ia sudah menerima sumbangan berjumlah
2,159,100.58 yuan dan buat masa ini, setiap murid di Sekolah Rendah
Zhuanshanbao akan menerima 500 yuan (RM306).
Namun, ramai mempertikaikan kenapa yayasan itu menguruskan
sumbangan berkenaan kerana dikhuatiri tidak jujur dan tidak sampai kepada
sekolah dan Fuman.
Menurut yayasan itu, ketika melancarkan tabung berkenaan bertujuan
membantu murid miskin di wilayah berkenaan, jadi tidak semua sumbangan itu
untuk Fuman dan sekolahnya. Sumber:Suara.TV , Editor:Farhana