SITIAWAN - Tiga beranak maut termasuk bayi berusia 7 bulan dipercayai kereta MPV yang dipandu oleh mangsa terbabas lalu terbalik ke dalam parit sedalam 2.5 meter.
Ketiga-tiga mangsa yang maut itu dipercayai sepasang suami isteri yang berusia 30-an dan seorang bayi. Mereka dikatakan dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala ke Teluk Intan.
Ketiga-tiga mangsa yang maut itu dipercayai sepasang suami isteri yang berusia 30-an dan seorang bayi. Mereka dikatakan dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala ke Teluk Intan.
Ketua
Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mustafa Ismail, menjelaskan bahawa pihaknya menerima panggilan pada jam 4.24 pagi.
Menurutnya,
anggota yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya bertindak mengeluarkan
mangsa yang masih berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.
“MPV
berkenaan dikatakan terbabas lalu terbalik ke dalam parit yang berair sedalam 2.5 meter
dan bomba memerlukan kira-kira lapan minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa.
“Pasukan
perubatan yang mengesahkan ketiga-tiga mangsa itu meninggal dunia di lokasi
kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya,
mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi
tamat sepenuhnya pada jam 6.10 pagi. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha