KUALA LUMPUR: Akhirnya bercerai talak satu, selepas melalui pelbagai kontrovesi Ezlynn dan Adam Fahmy sah bercerai talak satu.
Menurut laporan mStar Online, Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, Adam, 38, melafazkan cerai terhadap Ezlynn di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas dia bersetuju menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan sejak awal tahun ini secara baik.
Lafaz itu dibuat Adam di hadapan Hakim Syarie, Noorbyetty Nasir kira-kira pukul 10.30 pagi.
Sebelum itu, Noorbyetty mengarahkan Adam dan Ezlynn bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali terakhir sebelum lafaz cerai dibuat.
Ezlynn atau Azline Ariffin, 36, memfalkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984 pada 7 April lalu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sebelum ini Ezlynn mendakwa rumahnya diceroboh suami sendiri yang melarikan beberapa barang berharga. - mStar Online