Skip to main content

Mohon Maaf Pun Kena Kecam Juga... 🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️ - Nabil

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad, 37, terkilan niat ikhlas mohon maaf kepada netizen secara terbuka menerusi laman Instagram (IG) menerima kecaman teruk.

Nabil mendapat kecaman teruk selepas muncul menerusi IG Live bersama Neelofa, baru-baru ini.

Nabil terseret dengan kontroversi isu permohonan Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk penggiat seni yang menjadi pertikaian netizen.

Malah, lebih membuatkan juara program realiti Raja Lawak musim kedua itu sedih, ada segelintir netizen tergamak meninggalkan komen dengan perkataan kesat di bawah entri video anaknya sedang membaca doa.

“Saya muat naik entri permohonan maaf dalam akaun IG kerana tidak mahu memanjangkan perbalahan golongan selebriti artis dan netizen.

“Bagaimanapun, ia menjadi sebaliknya apabila segelintir netizen meninggalkan kata kesat dalam ruangan komen,” katanya kepada BH Online.

Bagi ‘mengajar’ netizen yang bersikap biadap, Nabil berkata, dia menggunakan perkataan sama seperti digunakan netizen untuk membalas komen mereka.

“Saya tidak berniat mengeruhkan keadaan yang sedia tegang. Tetapi, cara mereka melayan seperti saya tiada maruah dan air muka. Saya tak pernah muat naik status mengutuk peminat.

“Jadi, tidak perlu melemparkan kata kesat kepada saya. Bagaimanapun, tak semua netizen bersikap biadap, masih ramai membela dan tidak bersetuju dengan netizen yang menggunakan bahasa kesat dalam ruangan komen saya,” katanya.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2008 itu berkata, dia sengaja mengusik dengan membalas kembali perkataan kesat yang digunakan mahu melihat reaksi mereka.

“Saya hanya bergurau dan mahu lihat reaksi mereka, tahu pula mereka marah. Salah satu sebab kenapa saya buat begitu untuk menegur.

“Mungkin ibu bapa mereka sudah puas mengajar adab sopan, biarlah saya ingatkan sekali lagi,” kata Nabil.

Sudah 13 tahun berada dalam industri hiburan, Nabil berkata, dia sudah lali dengan kecaman netizen, lebih lagi sejak mengacarakan program Gegar Vaganza (GV).

“Saya mengendalikan program GV dengan berlapang dada, selama ini. Saya jadi bahan kutukan dan kecaman, malah masih bersabar dengan kata pedih yang dihaamburkan netizen.

“Kenapa mereka tidak boleh menerima gurauan saya di IG?,” katanya.

Nabil berkata, dia menjadi mangsa kecaman apabila disamakan dengan beberapa selebriti berhubung isu bantuan.

“Saya langsung tidak sebut atau minta bantuan untuk penggiat seni. Saya hanya menyarankan persatuan berkaitan dengan golongan seni membantu artis dan kru produksi yang berkelayakan buat permohonan bantuan disediakan kerajaan.

“Tidak mustahil ada antara mereka yang tidak tahu bagaimana permohonan boleh dilakukan. Tetapi, tindakan saya dikecam kerana mereka menyangka saya minta kerajaan sediakan bantuan khusus,” katanya.

Pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie itu berkata, ada netizen mempertikaikan kenapa dirinya tidak membantu. Malah, ada yang meragui keikhlasan menghulurkan bantuan.

“Saya nak ingatkan, keikhlasan itu biarlah hanya saya sahaja yang tahu.

“Takkanlah saya nak tunjuk segala resit kepada netizen hanya kerana mahu membuktikan saya ada menghulurkan bantuan atau tidak,” kata Nabil.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga cahaya mata itu tidak mahu memanjangkan isu berkenaan. Malah, entri permohonan maaf yang kononnya dianggap sinikal sudah dipadamkan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...