Skip to main content

Dibelasah Berebut Teman Wanita Berusia 15 Tahun

KOTA BHARU - Angkara cinta tiga segi merebut seorang teman wanita berusia 15 tahun, seorang pelajar lelaki cedera dipukul oleh 12 pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah di Pasir Mas Ahad lalu.

Kejadian berlaku pada jam 6 petang membabitkan pelajar lelaki Tingkatan Dua dan Tiga di sekolah berkenaan dan seorang lagi pelajar lelaki dari sekolah lain.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, kejadian berlaku ketika kumpulan pelajar itu berada di sekolah untuk menjalani aktiviti sukan.

Katanya, mangsa yang berusia 15 tahun didatangi seorang pelajar lelaki yang sama usia sebelum dipukul di muka serta kepala ketika berada di dalam sebuah kelas.

“Pelajar tersebut memukul dengan menggunakan tangan dan menyepak mangsa beberapa kali sambil disaksikan sekumpulan pelajar lain yang merakam aksi pergaduhan itu serta bersorak.

“Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari kelas tersebut namun dipukul pula secara beramai-ramai juga dengan menggunakan kaki dan tangan oleh rakan-rakan pelajar lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu mangsa lebam di muka dan beberapa bahagian anggota badan.

“Berdasarkan siasatan awal pergaduhan dipercayai berpunca daripada perebutan cinta seorang remaja perempuan sebaya di sekolah sama.

“Selepas dinasihati pihak sekolah dan ibu bapanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas petang ini,” katanya.

Katanya, polis akan menahan 12 pelajar terbabit untuk diambil keterangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar,” katanya.

Dalam pada itu, rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan seorang pelajar berpakaian sukan dipukul bertalu-talu oleh seorang lagi pelajar lelaki sambil kumpulan pelajar lain bersorak.

Kejadian disaksikan sekumpulan pelajar lain dan turut dirakam sebelum tular di aplikasi WhatsApp. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...