Powered by Blogger.

Friday, January 17, 2020

Padah Telan Belut Hidup Untuk Ubati Penyakit Ini??

Niat nak ubati sembelit bertukar menjadi detik ngeri bagi seorang lelaki apabila dia nyaris menemui ajal kerana menelan dua ekor belut yang masih hidup di China.

Lelaki tersebut menelan dua haiwan itu hidup-hidup selepas terpedaya dengan kata-kata orang di kampungnya bahawa amalan itu boleh mengubati penyakit sembelit.

Satu rakaman video yang dianggap menjijikkan, menunjukkan sepasukan pakar perubatan sedang mengeluarkan belut sepanjang 20 inci itu dengan salah seekor daripadanya masih hidup dalam abdomen, lapor Metro.co.uk dengan memetik sumber.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pembedahan Umum Sun Haijan berkata, pemeriksaan imbasan Computed Tomography (CT) menunjukkan usus lelaki tersebut hancur selepas menelan dua ekor belut hidup itu.

“Pesakit percaya dengan kata-kata orang kampung bahawa jika menelan dua belut secara hidup-hidup ia akan mampu mengurangkan masalah sembelit dan prostat yang dihidapinya sejak 8 Januari lalu.

“Namun, selepas daripada itu, dia mengalami kesakitan di bahagian abdomen tetapi tetap menunggu sehingga keesokan harinya untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, pakar bedah mendapati abdomen lelaki itu dipenuhi darah, air dan najis sebaik sahaja belut itu dikeluarkan ketika pembedahan kecemasan dilakukan.

"Perut pesakit dalam keadaan baik tetapi menjadi semakin menipis kerana belut itu menggigit ususnya. Akibatnya dia mengalami sakit kronik kerana jangkitan bakteria," katanya.

Sebuah hospital perubatan tradisional di Wilayah Jiangsu, Timur Nanjing, China dalam satu kenyataan berkata, lelaki tersebut dibenarkan keluar dari hospital, namun rakaman video itu tidak dapat disahkan sama ada ia dirakam menggunakan kelengkapan peralatan di pusat perubatan berkenaan atau tidak. - Sinar Harian