Powered by Blogger.

Monday, January 27, 2020

Video: Peserta Program Nyanyian Terima Panggilan Dari Pakcik, "Allah Lagi Sayang Mama" 😭😭😭

Seorang remaja perempuan di Indonesia tidak menyangka kejayaan layak ke pusingan seterusnya bagi sebuah pertandingan nyanyian disambut dengan berita pemergian ibunya.

Jannah, 14, menyertai sebuah rancangan realiti nyanyian tempatan, Liga Dangdut untuk merebut hadiah wang tunai $50,000 (RM133, 698) untuk membiayai rawatan diabetis ibunya, lapor news.com.au.

Memetik laporan news.com.au, Jannah menghubungi ibunya untuk berkongsi kegembiraan dalam rancangan yang disiarkan secara langsung di televisyen, namun panggilan itu disambut oleh bapa saudaraya.

Perkhabaran sedih itu membuatkan Jannah gagal menahan air matanya di hadapan juri dan penonton.
Difahamkan, punca kematian ibunya adalah disyaki akibat serangan jantung. - Astro AWANI