Video: Selepas Dikecam, Naqiu Turuti Permintaan Peminat

Juara Gegar Vaganza 2019 (GV19) Naqiu berkongsi pengalaman apabila melakukan proses pembersihan karang serta pemutihan gigi, baru-baru ini.

Momen berkenaan dikongsi menerusi YouTube pihak pengurusan  sendiri iaitu Mind Order Management.

Menerusi video berdurasi 9.45 minit itu, Naqiu kelihatan agak gemuruh untuk melakukan proses berkenaan.

Menurutnya, keputusan yang dibuat juga turut berpunca daripada desakan peminat.

"Ini kamu (peminat) punya pasal la tanya bila nak buat gigi.

"Jadi hari ini saya datang juga ke klinik ini buat 'scalling' gigi," katanya.

Menerusi video tersebut juga, Naqiu turut berkongsi pengalamannya apabila pernah tertumbuk seorang doktor gigi gara-gara terlalu takut.

"Dulu pernah buat tertumbuk doktor tu. Harap janganlah kali ni," katanya berseloroh.

Anda boleh lihat video penuh berkenaan di bawah. - Astro Gempak