Skip to main content

"Kenapa Cik B Tak Putih? Kenapa Cik B Tak Kurus",? Datuk Vida Susah Nak Jual Produk

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida memberi platform kepada usahawan kecil dan selebriti untuk bersama-sama berniaga di Cik B Vaganza Food Fest 2019.

Selain itu, ini juga memberi peluang kepada anaknya, Nur Edlynn Zamilleen atau dipanggil Cik B untuk menunjukkan bakat dalam menguruskan bahagian 'Food & Beverage' (F&B).

"Perasan tak perniagaan kosmetik saya agak perlahan sampai hari ini. Saya kecewa apabila produk saya sering kali dikaitkan dengan Cik B.

"Kenapa Cik B tak putih? Kenapa Cik B tak kurus cantik? Maka saya jadikan kekurangan itu sebagai semangat untuk kami.

"Cik B Vaganza Food Fest 2019 ini saya ingin beri peluang kepada usahawan kecil dan juga rakan artis untuk sama-sama mencari pendapatan.

"Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan, mempromosi dan memartabatkan produk-produk di seluruh Malaysia.

"Cik B memang menguruskan hal makanan dan minuman. Justeru saya meletakkannya untuk Vaganza Food Fest ini dan saya akan fokus kepada kosmetik.

"Perniagaan ini bukan saja teori tetapi ia perlu dipraktikkan. Ini lah masanya untuk Cik B menunjukkan segala kemampuan," katanya kepada Gempak.

Tambah Vida program ini turut membawa mesej kepada anak-anak muda untuk memulakan perniagaan sejak muda lagi.

"Cik B yang baru berusia 14 tahun sudah mampu menggalas tanggungjawab sebagai CEO.

"Anak-anak muda yang lain jua perlu berani memulakan perniagaan walaupun masih muda dan mentah," ujarnya lagi.

Cik B Vaganza Food Fest 2019 akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 20 Disember hingga 22 Disember 2019 di perkarangan tempat letak kereta (W4), Stadium Shah Alam.

Antara acara menarik dijalankan adalah sesi 'Meet & Greet' bersama artis tempatan selain aktiviti memasak dan mewarna serta tidak ketinggalan cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir pada hari terakhir. - Astro Gempak

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...