Skip to main content

Doktor Cucuk Tangan Bayi Hingga 10 Kali


Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan tindakan seorang doktor pelatih yang mencucuk tangan bayi baru lahir sehingga 10 kali bagi mendapatkan darah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, siasatan akan dilakukan berikutan amalan pegawai perubatan adalah hanya boleh melakukan dua kali percubaan untuk memasukkan jarum sebelum dirujuk kepada pegawai berpengalaman.

“Bayi yang dimasukkan ke hospital perlu terima rawatan. Masalah yang sering dihadapi bayi ini mempunyai saluran darah yang kecil dan ia bukan senang untuk dapatkan saluran itu.

“Menjadi amalan kita kalau doktor tersebut gagal dua kali, dia perlu rujuk kepada doktor senior. Tidak boleh mencuba hingga 10 kali. Bagaimanapun, kita akan siasat,” katanya.

Boon Chye (kanan) merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia 2019 peringkat Kebangsaan di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia 2019 peringkat Kebangsaan di Kinta River Walk di sini hari ini.

Semalam tular di Facebook status bergambar seorang wanita yang berkongsi perihal bayinya yang mempunyai kesan suntikan di kedua-dua belah tangan dipercayai dilakukan cubaan doktor pelatih untuk mendapatkan darah pada hari pertama kelahiran.

Berdasarkan status itu, wanita tersebut berasa sedih dengan tindakan doktor yang gagal dalam percubaan memasukkan jarum serta gagal mendapatkan darah. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut