Powered by Blogger.

Saturday, November 16, 2019

Guru Temui Mangsa Di Dalam Sebuah Bilik Di Sekolah


Tujuh pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan reman selama tiga hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di daerah Tawau di Sabah.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata kejadian dilapor berlaku semalam dan tujuh pelajar berkenaan turut ditahan pada hari yang sama.

"Disahkan ada kejadian rogol pelajar perempuan berumur 14 tahun semalam, membabitkan tujuh pelajar daripada sekolah sama," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Tawau, hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, dalam kejadian 11 pagi itu, seorang guru menemukan mangsa dalam keadaan separuh bogel, di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan.

Mangsa memberitahu dirogol dan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 40 tahun pada 3.30 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B/377A Kanun Keseksaan kerana merogol. - Bernama