Skip to main content

Masya Mengaku Memang Masya Edit... Tapi Bukan Nak Tayang Punggung Besar


Penyanyi Masya Masyitah tampil memberikan penjelasan selepas ditertawakan peminat dan warganet gara-gara menyunting foto peribadinya untuk dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Masya akui terkejut apabila fotonya yang mengenakan sepersalinan blaus dan seluar putih itu menjadi tular secara tiba-tiba.

“Hai semua.. Okay semalam tetiba ada orang viralkan gambar yang agak lama dah Masya post dan masa tu tak ada sorang pon comment pasal edit pungkoq (punggung) ka apa semua ni..

“Bila semalam tiba-tiba viral.. Masya pon terkejut.. Then Masya tengok balik.. Haah la.. Memang edit,”tulisnya.

Masya tampil memberi respon mengenai isu tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menurut Masya, dia akui menyunting foto tersebut namun bukan berniat untuk menonjolkan punggungnya supaya kelihatan lebih besar, sebaliknya suntingan itu untuk mengemaskan lagi bajunya yang berkedut.

“Okay.. Masya mengaku memang masya edit... Tapi bukan untuk nak tayang I ada pungkoq besaq (punggung besar) ka apa sebab masya jenis tak suka pungkoq besaq...

“Tengok gambar first ni.. Ini yang original.. Why Masya edit? Masya edit sebab tu tengok kat bahagian peha tu jadi bukit-bukit tu.. Tak tau pasaipa.. Mungkin Masya tak betulkan seluar sebelum pose tu.. Jadi dia jadi berketak-ketak kat situ sikit..

“Jadi saya mengakulah salah saya sebab saya edit.. Tapi saya edit bukan sebab nak besaqkan pungkoq or bagi nampak lebih sexy.. Tapi hanya untuk menstraightkan balik bahagian ketak tu.. Tak sangka la sampai wall tu pon tertarik sekali,”jelasnya.

Menerusi entri tersebut, Masya turut memuat naik foto asal sebelum ia disunting bagi menunjukkan perbezaan yang dijelaskannya.

Masya dalam masa yang sama menyebut nama akaun orang yang menjadi punca fotonya tular serta menjadi bahan jenaka.

“And.. @yuraarose terima kasih viralkan saya kat twitter dan jadikan gambar saya sebagai bahan lawak untuk korang... Tak sangkalah awak ni memang stalk habis-habis pasal saya.. Minat bebenor ek? Hahaha.. @yuraarose kalau tak puas hati DM...

“Yang memaki saya macam-macam tu.. Maki je la.. Kalau itu yg buat korang happy I okay.. Itu saja penerangan saya pada hari ni. Terima kasih,” tambahnya.

Masya, 19, merupakan juara Ceria Popstar 2014 dan popular dengan lagu Halimunan. - Astro Gempak
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut