Skip to main content

Nor Nabila Mahu Cerai, Shaarnaz Tidak Setuju


KUALA LUMPUR: Aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad, 34, tidak bersetuju dengan permohonan tuntutan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail mengarahkan Sharnaaz dan Nabila melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes tuntutan cerai yang difaikan pada 27 Ogos lalu.

Perjumpaan untuk JKP juga akan diadakan pada 30 September ini di mahkamah yang sama.

Portal berita Sinar Harian melaporkan, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad selaku defendan tidak bersetuju terhadap permohonan yang diterimanya pada 29 Ogos lalu.

Nabila selaku plaintif dalam permohonannya menyatakan empat alasan penceraian dengan pelakon yang berasal dari Pulau Pinang itu.

Antara alasan yang disebut Nabila ialah mereka mula tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun.

Plaintif juga mendakwa defendan hanya memberi nafkah yang tidak mencukupi iaitu RM500 walaupun berkemampuan.

Selain itu, Nabila juga mendakwa tidak wujud lagi persefahaman antara mereka berdua walaupun pelbagai cara mengatasi masalah itu dilaksanakan.

Dalam prosiding itu juga, peguam syarie, Azmi Mohd Rais pula memohon defendan menjelaskan alasan tidak bersetuju terhadap permohonan anak guamnya, Nabila.

"Saya mohon supaya defendan menerangkan alasannya kerana di media sosial dia (defendan) kata akur dan bersetuju," katanya.

Bagaimanapun Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi berkata, defendan tidak perlu menyatakan.

Ahmad Muttaqi: Sharnaaz, betul ke kamu sudah tengok tuntutan ini?

Sharnaaz: Betul

Ahmad Muttaqi: Setuju atau tidak dengan tuntutan itu?

Sharnaaz: Tidak

Sehubungan itu, Ahmad Muttaqi kemudian mengarahkan Sharnaaz dan Nabila membawa wakil pada prosiding akan datang.

Nabila yang juga kakak kepada usahawan, Neelofa memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan Jebat Jayden merupakan anak tunggal mereka yang kini berusia setahun. Astro AWANI


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...