Powered by Blogger.

Saturday, September 14, 2019

Bayi 11 September Lahir Pada Pukul 9.11 Pagi Dengan Berat 9.11 Paun


Sudah 18 tahun sejak tragedi serangan pengganas pada 11 September 2001 berlaku di beberapa lokasi di Amerika Syarikat yang sukar dilupakan oleh seluruh warga dunia terutama sekali bagi warga AS.

Tetapi ada lagi satu kejutan yang mengejutkan pada 11/9 iaitu Rabu lepas saat semua warga sedang memperingati hari bersejarah terbabit.

Pada tarikh keramat tersebut media sosial telah digemparkan dengan berita yang dikatakan sangat jarang berlaku.

Doktor di sebuah hospital di Memphis berjaya menyambut kelahiran bayi perempuan pada tanggal 11 September tepat pada jam 9:11 pagi.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila bayi itu dibersih dan ditimbang, beratnya juga menunjukkan angka 9.11 paun (kira-kira 4.10 kg).


Bayi yang diberi nama Christina Brown itu dilahir menggunakan kaedah pembedahan caesarean.

Bapanya, Justin Brown memberitahu dia terkejut apabila mengetahui berat anaknya turut menunjukkan angka keramat itu.

Hospital Methodist Le Bonheur Germantown mengesahkan insiden kebetulan yang luar biasa itu dan turut berkongsi cerita mengenainya di media sosial.

Menurut Penyelaras Penjagaan Ibu di hospital itu, Rachel Laughlin, dia tidak pernah melihat kejadian seperti itu sepanjang 38 tahun bekerja sebagai petugas hospital dan percaya bayi perempuan itu cukup istimewa.