Skip to main content

Lelaki Ini Tergamak Jadikan Anak Saudara 7 Tahun Sebagai Tebusan


Akibat ketagihan dadah, seorang lelaki tergamak bertindak menjadikan anak saudara perempuannya yang berusia tujuh tahun sebagai tebusan.

Drama pujuk-memujuk yang berlangsung selama lebih enam jam di dalam tandas sebuah rumah di Taman Serai Wangi, Padang Serai akhirnya selesai selepas lelaki berusia 34 tahun itu berjaya ditahan polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang Sabtu itu, suspek dikatakan pergi ke rumah kakaknya dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari Felda Ijok, Selama, Perak dipercayai untuk tujuan mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Lelaki itu kemudiannya mengamuk apabila tidak mendapat wang dan pada waktu itu hanya tiga anak saudaranya termasuk mangsa, Wan Nur Ainul Darwisya Amri, 7, berada di rumah tersebut.

Abang tiri mangsa, Muhammad Fakhri Rozali, 18, yang baru pulang dari tempt kerja terkejut apabila bapa saudaranya itu datang ke rumah dan menyelongkar bekas abu rokok untuk mencari puntung rokok kerana ketagihan kuat ketika itu.

“Dia keluarkan pisau lalu menghunus pisau tersebut ke arah adik perempuan saya dan terus memaksa saya membeli rokok. Saya kemudiannya meminta wang daripadanya untuk membeli rokok tetapi dia tidak bagi.

“Kemudian dia ternampak wang di tangan adik saya dan merampas wang tersebut lalu sekali lagi menyuruh saya beli rokok di kedai.

“Selepas itu, saya mula bergaduh dengannya. Dia mula mencekik adik saya dan pergelutan berlaku. Dia tidak melepaskan adik perempuan saya dan masih memegang pisau serta mengugut mencederakannya," jelas Muhammad Fakhri.

Suspek kemudiannya melarikan diri bersama adiknya dan bersembunyi di dalam tandas rumah.

Hal tersebut menyebabkan Muhammad Fakhri bertindak menghubungi ibu bapanya.

Beliau bersyukur kerana adiknya berjaya diselamatkan selepas bapa saudaranya ditahan ketika mahu melarikan diri melalui pintu belakang dengan motosikal.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis dan ahli keluarga mangsa cuba memujuk suspek untuk melepaskan kanak-kanak perempuan itu tetapi tidak berjaya sehinga polis terpaksa menyelamatkan mangsa menggunakan kaedah fizikal.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada leher dan belakang badan akibat torehan pisau suspek kini dirawat di Hospital Kulim.

Seorang anggota polis turut dilaporkan cedera akibat terkena pisau semasa bergelut dengan suspek.

Suspek direman selama 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaaan membunuh. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...