Tun Mahathir Menghadap Sultan Johor


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini Khamis ini.

Sultan Johor berkenan untuk menerima Mahathir mengadap dan ini merupakan yang pertama kali sejak menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.


Menurut sumber, pertemuan itu antara Sultan Johor akan turut disertai isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

"Sememangnya ada dalam jadual Sultan Ibrahim akan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad di istana pada Khamis ini," ujar sumber berkenaan ketika dihubungi.

Namun agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan tetapi difahamkan akan turut membincangkan mengenai isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15. - Utusan Online